Buku 1
29 Kisah Ilmuan Ulung & Pengorak Senyum
ISBN: 983-9188-98-4
Kategori: Petua / Cerita
Harga: $4.00
Muka Surat: 44

Keterangan buku:

AHLIBAHASA & TAMBAHAN: 'ABDULLAH AL-QARI BIN HAJI SALLEH

Ulama' dan Ahli Fiqh (Fuquhaa') adalah pewaris para Nabi. Allah telah mengangkat kedudukan mereka di dunia dan Akhirat; disebabkan mereka memahami Agama mereka dan memberi kefahaman hukum-hukum Agama kepada manusia. Mereka juga menunjukkan kepada kebenaran dan kebaikan dan mempertakutkan mereka daripada kejahatan dan kemungkaran. Manakala Fuquhaa' adalah manusia-manusia cerdas dan bijak; Allah memberikan mereka akal yang bersinar dan mengurniakan mereka hikmah (ilmu pengetahuan, rahsia segala sesuatu atau kebijaksanaan) Beberapa cerita yang mengisahkan kecerdasan dan tindakan bijak para ulamaa' Fiqh dalam menghadapi beberapa suasanayang sukar diabadikan dan kini diterjemahkan untuk menjadi bahan pengetahuan dan renungan untuk generasi kita ini. Manakala ada pula cerita-cerita cerdas untuk berj enaka dan mengorak senyum agar kehidupan dalam masyarakat menjadi harmoni; riang dan penuh kasih mesra. Sesungguhnya Rasulullah sallallaahu `alaihi wasallam pernah bersabda : "Para ulama' adalah pewaris Nabi." Juga beliau pernah bersabda : "Senyuman anda berdepan dengan wajah saudara anda itu adalah suatu sedekah (kebajikan) bagi anda.

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.