Keterangan buku:
PENGARANG : PUJANGGA ISLAM: 'ABDULLAH AL-QARI B. HJ. SALLEH
Pusaka bagi seorang `ulamaa' tidaklah sama dengan pusaka bagi seorang jutawan. Rasulullah shallallaahu `alaihi wasallam tidaklah meninggalkan pusaka berupa harta benda yang boleh dibahagi-bahagikan. Justeru itu pusaka Tuk Kenali juga lebih bentuk keruhanian : makallah (rencana), cerpen, ilmu dan hikmat, syair, nasihat atau kata-kata sakti; juga amalan-amalan yang berbentuk tilaawah, selawat, zikir dan doa (tiada tariqat). Semuanya itu merupakan pusaka yang berharga untuk kepentingan ummah terutama kalangan pelajar atau siswa-siswi Islam yang boleh dijadikan panduan dan pertimbangan dalam gerak kerja dan kehidupan insan, hidup majunya ummah di tanah tercinta. Jika reformis Asy-Syaikh Muhammad `Abduh menekankan umat Islam agar mendalami Kitab Suci Al-Qu'ran dan Al-Hadith yang menjadi sumber keagamaan demi membangunkan ummah, maka dengan nada yang sama Tuk Kenali pulang ke tanah air menekankan pembelajaran Bahasa arab, hahasa Al-Qur'an.
|