Buku 4
Rahsia Madinah Jejak Rasul - 2
ISBN: 983-099-196-2
Kategori: Sirah / Sejarah
Harga: $14.00
Muka Surat: 218

Keterangan buku:

PENGARANG : KHALIL IBRAHI MULLA KHOTHIR

Mekah Al-Mukarramah adalah tempat yang dipilih Allah s.w.t. sebagai tempat bagi Rumahnya. Oleh itu, dia menyucikan dan menjadikannya sebagai tanah suci yang aman damai, melipatgandakan amal kebajikan yang dikerjakan di sana, serta menjadikannya sebagai masjid dan kiblat bagi seluruh muslimin di seluruh dunia. Dia jugs berwasiat untuk kebaikan pendudukNya dan melindungi darah semua makhluk yang berada di dalamnya, hatta burung dan binatang melata sekalipun. Allah s.w.t. menganjurkan kepada hambaNya (orang-orang beriman) berhaji disana, paling tidak sekali seumur hidup.

Buku ini telah disusun khususnya bagi membincangkan tiga bahagian utama, seperti yang berikut: 1. Tentang kelebihan dan keutamaan ibadah tanah suci Mekah, misalnya: Keutamaan Kaabah, makam Ibrahim, Rukun (MajarAswad) dan lain-lain. 2. Tentang kelebihan dan keutamaan ibadah Zamaniyah yang memiliki waktu tertentu umpamanya solat, haji, umrah dan sebagainya. 3. Tentang kemuliaan Tanah Suci umpamanya: Diharamkan berperang di Mekah, membunuh binatang buruan dan lain-lain.

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.