Buku 1
113 Soal Jawab Agama Untuk Para Remaja
ISBN: 983-099-130-X
Kategori: Umum / Semasa
Harga: $8.00
Muka Surat: 100

Keterangan buku:

PENGARANG : AMINA HJ. NOOR

Biodata penulis: Amine Haji Moor dilahirkan pada 4hb Januari 1948 di Kampung Simpang, Balak, Jalan Cheras Kajang. Mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan, Kajang, Selangor.

Melanjutkan pelajaran hingga ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Azlz Shah Kajang, Selangor. sejak di bangku sekolah lagi beliau bercita-cita untuk menjadi seorang . penulis.

Pada tahun 1972 hingga tahun 1976 beliau menjadi pendidik di Sekolah Rendah Tanjung Karang dan Sekolah Jalan Bukit Kajang. Kerana cita-cita yang belum tercapai, beliau melepaskan jawatan sebagai pendidik beralih arah bidang kewartawanan. Mengikut kursus kewartawanan di beberapa institusi di ibu kota, Kuala Lumpur. Sejak menjadi wartawan di beberapa buah akhbar dan majalah di Tanahair, beliau menimba banyak pengalaman untuk lebih matang dalam penulisannya.

Namanya mula terkenal sebagai novelis yang menggunakan nama pena Nina Karina, telah menghasilkan lebih daripada 20 buah novel yang diterbitkan oleh penerbit tempatan seperti Manvilis Publisher dan Berita Publication.

Bidang penulisan yang begitu meluas menambahkan mina' beliau untuk terus berkarya. Pengalaman beliau sebagai kaunselor di sebuah syarikat menambah pengalaman beliau sebagai penulis. Tidak sia-sia bidang penulisan yang diceburinya selama 17 tahun telah membuat beliau bertambah matang. Kini beliau banyak menulis dan menyusun buku-buku berbentuk agama. kesihatan. psikologi dan sebagainya.

Golongan remaja adalah golongan yang memerlukan dorongan dan tunjuk ajar dari orang lain yang lebih dewasa darinya. Mereka sentiasa bergelumang dalam suasana remaja yang agak liar di dunia yang luas ini. Mereka mudah terhanyut ke lembah yang hina dan terkeji jika tidak diawasi. Tetapi jika remaja itu sendiri telah sedar dan mengikuti landasan berdasarkan syariat Islam, maka itu sebenarnya jalan yang baik mereka tempuhi.

Buku 113 Soal Jawab Agama Peringkat Remaja ini adalah persoalan yang seringkali menimpa ke atas diri mereka. Semoga buku ini dapat memberi penjelasan serta membawa golongan ini ke jalan yang lurus yang diredhai Allah SWT. Amin.

 

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.