Keterangan buku:
PENGARANG : PUAN AMINA HJ. NOOR
Kekayaan semata tidak menjamin kebahagiaan pasangan dalam berkeluarga, hal ini telah dimaklumi oleh semua individu dan terbukti pada pasangan yang berkahwin kerana mengejar material dan akhirnya pasangan ini berkubur dengan suatu perpisahan. Namun yang menjamin kebahagiaan berterusan ialah curahan kasih dan sayang dari kedua pihak yang berkahwin. Bagi mereka yang mengamalkan poligami dan mematuhi peraturan yang digariskan dalam Islam, mestilah menyamaratakan khususnya kasih sayang yang dicurahkan oleh pihak suami kepada para isteri, walaupun sukar untuk dibuat pengukuran dalam hal ini. Dalam buku ini, pengarang cuba membentangkan beberapa tips kebahagiaan pasangan dan curahan kasih sayang dan penyelesaiannya dalam berpoligami. Semoga kehadiran buku ini dapat membantu anda dalam masalah pengagihan kasih sayang yang merupakan tanggungjawab anda . |