Buku 11
Panduan Menyambut Bayi
ISBN: 983-099-463-5
Kategori: Umum / Semasa
Harga: $4.00
Muka Surat: 45

Keterangan buku:

PENGARANG : USTAZ AZAHARI BIN ABD RAZAK

Kelahiran bayi merupakan anugerah daripada Allah SWT kepada manusia. Melalui kelahiran itu telah terjalin hubungan antara individu dengan pencipta dan antara individu dengan individu lainnya. Disaat bayi pertama kali dilahirkan, hendaklah disambut mengikut sunnah yang dianjurkan. Pertama sekali hendaklah mengucapkan ucapan selamat dan tahniah, semoga Allah memberi berkat kepada bayi yang baru dilahirkan. Setelah itu sambutlah bayi dengan laungan azan dan igamah, agar kata-kata yang pertama sekali didengarnya adalah ucapan membesarkan asma Allah. Kemudian mencukur rambut kepala bayi pada hari ke tujuh duri kelahirannya serta memberi nama yang baik. Pilihlah nama anak yang indah mengandungi erti ke arah positif serta baik, sebab setiap individu akan diseru pada hari kiamat nanti dengan nama-nama tersebut. Semoga huku ini dapat memberi pedoman kepada setiap keluarga yang ingin menyambut cahaya mata, agar lebih bersedia dan tidak mengalami kesukaran, insya Allah.

 
© 2006 AL-HIDAYAH PUBLISHERS. All Rights Reserved.