Keterangan buku:
PENGARANG : FATIMAH HAJI OMAR
Wanita dan alam rumahtangga suatu yang tidak dapat dipisahkan kerana kehidupan yang dilalui oleh seorang wanita itu sudah menjadi ketentuan Allah sejak azali lagi. Sesungguhnya alam rumahtangga itu sebenarnya bukanlah penjara bagi kaum wanita tetapi is adalah syurga dunia sebelum Allah tempatkan mereka di syurga akhirat.
Soalnya mengapa suasana rumahtangga di kalangan orang-orang Islam dewasa ini menimbulkan banyak gejala dan penyakit yang menimpa bukan sahaja ahli keluarga, tetapi juga masyarakat dan negara. Rumahtangga tiada lagi kedamaian dan kebahagiaan. Hanya dapat dikecapi untuk seketika sahaja dan diakhiri dengan perkelahian dan perpisahan.
Islam telah mengenal pasti punca mengapa suasana ini berlaku. Justeru itulah Al-Qur'an dan sunnah Rasulullah di awal-awal lagi telah memberi kita panduan dan pedoman sebelum memasuki alam perkahwinan dan rumahtangga. Lantaran itu buku ini sedia meleraikan beberapa kekusutan Berta kemusykilan bagi bakal pengantin khususnya kepada kaum wanita. Mudah-mudahan buku ini sebagai panduan asas kepada bakal isteri untuk membina sebuah rumahtangga yang bahagia dan diredhai Allah SWT.
|