Keterangan buku:
PENGARANG : USTAZ ABU SALIM AL AHMADI
Setiap langkah perjalanan hidup ini tidak terlepas dari menghadapi masalah. Masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan pelbagai cara, samaada bertanya kepada orang yang tahu, berfikir sendiri dan membaca buku yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi. Pendek kata semua masalah dapat diatasi dengan usaha dan ikhtiar kita sendiri. Umat Islam tentu beruntung kerana masalah yang dihadapi, semuanya ada panduan penyelesaiannya yang disediakan oleh Islam. Menyedari hal ini maka sebuah buku yang mengandungi segala persoalan masalah agama yang sering dipersoalkan oleh umat Islam dapat dikumpulkan. Bahasa yang digunakan dipermudahkan dan amat sesuai untuk semua' golongan masyarakat.
Bahasan dalam buku ini merangkumi persoalan akidah, hukum hakam dan akhlak. Semua ini menjurus ke arah kesempurnaan fardhu ain setiap pembaca. Masalah yang ditimbulkan akan dijawab bukan sahaja sekadar boleh atau tidak, halal atau haram, sah atau batal tetapi lebih dari itu dibentangkan panduan mengatasi masalah secara terpimpin.
Harapan kepada para pembaca semoga dapat mengambil manfaat dengan kehadiran buku ini. Insya-Allah.
|