Keterangan buku:
PENGARANG : AL-AL'LAMAH ASY'SHEIKH ,
BURHANUDDIN AZ ZARNURJI
PENTERJEMAH :
MUHAMMAD SYAFLIL BIN ABDULLAH
BIN MUHAAD BIN AHMAD RANGKUL
LAGGIH FATHANI
PENGALIHAN TULISAN JAWI KE ROMAN :
NORAINE ABU
Kitab Ta'lim Al-Muta'aallim ini amat penting bagi para pelajar pondok. Ianya menjadi bacaan wajib, ketika penuntut yang baru masuk belajar di pondok. Kitab ini adalah kitab adab, bukan kitab hukum, iaitu adad dalam menuntut 'ilmu. Ianya adab-adab yang membawa kejayaan orang yang menuntut 'ilmu. Dalam buku ini. ada disebutkan tidak kurang daripada 21 matan hadith. Semuanya hadith mu'allaq, jika dilihat sanadnya yang ada di situ. Kesemuanya dikemukakan dalam konteks keadaban, atau sebagai nasihat biasa bukan sebagai hujah dalam penentuan sesuatu hukum syari'at. Dan buku ini mengandungi 13 fasal, iaitu:
Fasal 1 Hakikat 'ilmu dan feqah dan kelebihannya. Fasal 2 Niat tatkala hendak belajar dan menuntut ilmu . Fasal 3 Memilihkan 'ilmu dan guru dan tauladan dan menyatakan ketetapan atas 'ilmu. Fasal 4 Membesarkan'ilmu dan ahlinya. Fasal 5 Bersungguh, berkekalan, hemah dan cita-cita. Fasal 6 Permulaan memotongkan bacaan, kadamya dan amrannya. Fasal 7 : Tawakal: yakni berserahkan kepada Tuhan'Azza wa Ialla. Fasal 8 Waktu menghasilkaan'ilmu dan menuntutinya. Fasal 9: Kasih-sayang dan nasihat Fasal 10 Ketakuan mengambil faedah, mencari faham dan penggunaannya. Fasal 11 . Warak' pada ketika belajar 'ilmu. Fasal 12 Barang yang membawa kepada banyak peringatan dan menyatakan barang yang membawa kepada pelupa. Fasal 13 Barang yang membawa kepada mudah dapat rezeki dan barang yang menegahkan dapat rezeki; barang yang menambahkan dan memanjangkan dan barang yang mengurangkan umur.
Dan bahagian dan akhir buku ini membicarakan "Hukum Mengenai Suasa", "Pembicaraan Anggota Yang Tujuh" dan "Ma'siat-Ma'siat Hati".
|