Subulus Salam Jil 1 H.C.

Rating: Not Rated Yet
Product Code: 9789673680760

Out Of Stock ( 0  ITEMS)

Product Dimensions and Weight

Product Width: 7.5000IN
Product Heigth: 10.2500IN
Product Weight: 1.3800KG
Sales price: RM 55.00
Price / kg:

Quick Overview

Pengarang : Alawi Abbas al-Maliki Hasan Sulaiman al-Nuri

Penterjemah: Nor Hasanuddin H.M.Fauzi

Penyunting: Ustazah Sabariah Bakri (IIUM)

Disemak Oleh: Mohd. Khairul Nizam Nazri(Fellow Jab.Quran & Hadis UM) Muka Surat: 603

Kitab Bulugh al-Maram merupakan kitab paling popular yang memuatkan himpunan dan penjelasan hadis-hadis tentang hukum Islam yang dihimpun oleh alHafiz Ibn Hajar al-'Asqlani pada abad ke-8 Hijriah. Sebelumnya sudah ada 36 karya yang mensyarahkan karya agung ini, antara lain adalah syarah yang berjudul lbanah al-Ahkam yang ditulis oleh Hasan Sulaiman al-Nuri, 'Alwi 'Abbas al-Maliki dan Abu Abdullah bin Abd al-Salam 'Allusy. 
Antara keistimewaan syarah ini adalah bahasa yang digunakan mudah difahami dengan perbahasan yang sistematik. Setiap hadis diberikan huraian secara keseluruhan, kemudian diikuti dengan analisis lafaz yang terdapat di dalam hadis tersebut clan diikuti dengan membahas hukum-hakam fiqh yang terkandung di dalamnya.. Pada bahagian akhir di setiap bab dibuatkan satu kesimpulan dan ditambahkan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan perbahasan sebelumnya. Inilah yang membezakan syarah-syarah Bulugh al-Maram yang lain dengan kitab Ibanah al--Ahkam ini.
Karya ini patut dimiliki oleh setiap Muslim tanpa mengira peringkat, sama ada golongan profesional, akademik mahupun pelajar bahkan orang awam sekalipun. Dengan karya ini, setiap muslim dapat mengenalpasti landasan bagi setiap amal ibadah yang dilakukannya. Ini bagi memastikan amal perbuatannya itu menepati ajaran yang terdapat di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. 
Kitab lbanah al-Ahkam jilid pertama ini terdiri daripada bab bersuci dan bab solat. Yang merangkumi antara lain tentang bersuci hukum air, bejana, menghilangkan najis, wuduk, mengusap kDuff, perkara yang membatalkan wuduk, etika membuang hajat, mandi clan hukum berjunub, tayammum, haid. Bab solat adalah tentang waktu solat, azan, syarat solat, membuat pembatas bagi orang solat. khusyuk dalam solat, masjid, tatacara melaksanakan solat, sujud sahwi, sujud tilawah dan sujud syukur, solat sunat, solat berjamaah dan imam solat.

Reviews

There are yet no reviews for this product.