Categories

Info: Your browser does not accept cookies. To put products into your cart and purchase them you need to enable cookies.
Print
Motivasi arrow Ya Allah Aku Tidah Layak Untuk Syurga-Mu ..........

Ya Allah Aku Tidah Layak Untuk Syurga-Mu ..........


( Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd )
RM10.00

Ask a question about this product

ISBN: 9789675984211
Pengarang : Badiatul Roziqin
Penterjemah : Asiah Nur Daud
Penyunting : Dr.Mohd. Puzhi Usop
Muka Surat: 146

Keterangan Buku :

ISBN : 9789675984211
Abu Nawas satu ketika pernah berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga Mu, malah tidak juga sanggup ke neraka-Mu..." Doa ini begitu menyentuh hati! Kalau anda bertandang ke rumah teman anda dan bertanya kepadanya kenapa minuman tidak dihidangkan, " Abang. aku tidak mengharapkan minuman, tetapi aku rasa haus dan lapar..." Bagaimanakah reaksi tuan rumahnya? Setidak tidaknya mungkin akan dihidangkan walaupun dengan segelas air putih. Nah, itulah yang kita harapkan! Walau pun Allah tidak reda mengurniakan syurga yang paling tinggi, syurga yang paling rendah pun tidak mengapa, bukan?
Jika kita bayangkan diri kita yang sering bergelumang dengan dosa, tiba-tiba menghembuskan nafas terakhir malamnya, maka bagaimanakah nasib kita kekal di alam kubur kemudian di alam akhirat? Amat ngeri sekali. Kuatkah kita menghadapi jutaan seksaan yang amat tidak terperi pedihnya? Mampukah kita bertahan di neraka? Selesakah kita dengan segala pembalasan-Nya yang amat menggentarkan setiap jiwa? Astaghfiruilah ... !
Sesungguhnya kita amat mengharapkan syurga-Nya, walaupun kita sedar bahawa diri ini terasa tidak layak ke sana menikmatinya, kerana lumpur dosa yang tidak pernah lekang daripada hati dan jasad ini. Andaikata setiap dosa yang kita lakukan dijelmakan oleh Allah seperti daging barah. Nescaya sekujur tubuh ini akan hilang ditelan oleh barah-barah dosa itu! Begitulah parahnya dosa kita, membiarkan diri kita bergelumang dosa walaupun seringkali tertunduk penuh kesedaran bahawa sesungguhnya adalah tidak mungkin kitam mampu bertahan di neraka-Nya!
Buku ini mengajak kita semua untuk belajar dengan rendah hati bagaimana sepatutnya kita berterima kasih kepada Allah Azza wa Jalla, memohon keampunan-Nya, mengharap reda-Nya, sebagai hamba yang tidak berdaya dihambat lumpur-lumpur dosa. Ini adalah bacaan motivasi Islam, membangkit kekuatan hati agar segera bersujud kepada-Nya. Dengan sebenar-benar sujud, menebus segala dosa, selagi roh masih dikandung badan sebelum syurga atau neraka terhampar di depan mata kita!

Product Height :8.0000 inches

Product Width :5.5000 inches

Product Weight :0.3700 kg










VirtueMart
Your Cart is currently empty.

Info: Your browser does not accept cookies. To put products into your cart and purchase them you need to enable cookies.

We currently have 1621 products in our store.