Categories

Info: Your browser does not accept cookies. To put products into your cart and purchase them you need to enable cookies.
Print

Sirah/Sejarah/Riwayat arrow Sejarah Hidup Khalifah Umar Bin Al-Khattab R.A.

Sejarah Hidup Khalifah Umar Bin Al-Khattab R.A.

 ( Al-Hidayah Publication )
Sejarah Hidup Khalifah Umar Bin Al-Khattab R.A.
View Full-Size Image


RM36.00


ISBN : 9789673681129
Pengarang : Haji Husseiny bin Zamburi
Editor: Dr.Muhammad Sabri Sahrir(UIAM)
Disemak & Diedit: Dr.Mohd Puzhi bin Usop
Muka Surat: 557

Keterangan Buku :

Tanggal 23 Ogos (633-644 Masehi) bersamaan 22 Jamadilakir tahun 13 hijrah Sayidina Umar Ibn al-Khattab telah dilantik menjadi khalifah kedua Islam. Dalam era pemerintahan beliau empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empavar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi) dan juga menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur).
Tentera Islam pada zaman beliau yang berjumlah 40,000 orang juga bejaya menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang yang telah mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil. Pada zaman pemerintahan beliau juga, telah berlaku peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Islam seperti penyerahan kunci kota Baitulmuqaddis.
Sayidina Umar Ibn al-Khattab juga banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru dibuka, melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. dan menyusun serta mengemaskinikan sistem pentadbiran negara. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibangunkan.
Dari sudut keperibadian Sayidina Umar yang tegas juga amat dikenali kerana kehidupannya amat -sederhana. Ini diakui bukan sahaja di kalangan orang Islam malah golongan bukan Islam. Tidak hairanlah beliau begitu dikagumi dan' bukan kerana kegagahannya tetapi kerana sifat zuhudnya yang teguh dengan ajaran Islam berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah. Buku ini menghuraikan dengan terperinci setiap aspek sejarah yang berkaitan dengan seorang sahabat besar berperibadi hebat ini bagi tatapan dan iktibar buat para pembaca budiman agar dapat diambil pengajaran dan dibuat contoh teladan dalam kehidupan seharian dalam mencapai kehidupan yang diredai oleh Allah SWT.








VirtueMart
Your Cart is currently empty.

Info: Your browser does not accept cookies. To put products into your cart and purchase them you need to enable cookies.

We currently have 1621 products in our store.